Thursday, March 4, 2010

Kenapa Jin SUka Rasuk pelajar POMPUAN melayu ha??

Pelajar melayu perempuan dirasuk, di mana salahnya
dan siapa yang salah...

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain.
Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan
adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada
pelajar kaum cina dan
india. Di mana salah nya........

Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.
Kes histeria di sekolah kat BSB...... Misteri di Asrama Puteri
terjawab!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu
berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang
berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan
pelajar di sekolah itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua
bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera,
ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua
jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya
yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang
begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya!
Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua
jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya
yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat
dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur
walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.
"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawab! Kenapa gadis
melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam?"






Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...







"Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan, Tak Menarik Hati,
Tiada Memikat, Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku
Tertarik Kalaulah Sungguh,Tak Mungkin Aku MERASUK...
" "Aduhai... kekekeekeeee..."WORLDDDD!! hhehehe....